Wednesday, 30 November 2011

Hidup Ini...

Hidup ini penuh dengan pancaroba. Kita sentiasa didatangi ujian dan rintangan dari Allah. Allah tahu bahawa kita mampu atasi ujian dan rintangan yang diberiNya kerana itu kita terpilih untuk hadapi semuanya. Syukur ke hadrat Allah kerana memilih kita untuk hadapi ujianNya kerana itu adalah salah satu nikmat dariNya. Bersabar dan Ingat selalu pada Allah yang MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG DIA TENTUKAN...

Kala ini, aku dibelenggu rasa tak tentu dan aku tak tahu apa yang patut aku lakukan kerana aku masih kebingungan. Apa yang aku fikirkan, aku hanya mampu berserah pada Allah yang MAHA ESA...

ANTARA

IBU BAPA
Aku masih mempunyai ibu bapa, dan aku tahu tanggungjawab aku terhadap dua orang tua ku masih belum berakhir kerana aku masih bawah tanggungan mereka. Aku tidak sanggup melukakan hati mereka yang secara sengaja dan aku tak sanggup melihat ibu ku sedih gara-gara perbuatan aku yang tidak mengikuti perintah ibu ku dan aku tidak sanggup melihat ibu ku menangis kerana aku tidak menghiraukan kata-katanya walaupun tatkala aku lakukan sesuatu itu telah mengingkari kata-katanya, namun akan ku turuti kehendaknya kerana aku berpegang pada kata-kata nenek, makcik dan ibu bapaku... "Bahawa restu ibu itu penting, redha Allah terletak pada redha ibu bapa, jangan sesekali lupa pada jasa ibu bapa sebab mereka telah membesarkan kita dan jangan sesekali buat tak endah atas apa yang mereka turutkan selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran agama." aku selalu ingat itu... jadi aku takut untuk lakukan sesuatu yang hanya untuk kepentingan aku...
Nak dijadikan cerita, suatu hari, aku bertemu dengan sesuatu yang selama ini aku inginkan, untuk masa depan aku dan kehidupan yang aku idam-idamkan... Namun, apa yang aku lakukan tidak direstui oleh ibu bapa ku. Ibu bapa ku tidak membenarkan aku meneruskan hajatku, kerana mereka inginkan aku berada bersama mereka untuk menguruskan restoran bersamanya. Ibu ku amat memerlukan aku kerana bagi ibu ku, aku lebih senang di suruh dan aku masih tiada bebanan keluarga sendiri. Pada suatu hari aku membantah katanya kerana aku ingin meneruskan kehidupan bersama apa yang kutemu, tapi ibu ku selalu berkata, "tolong ibu bapa itu lebih berkat daripada ikut kawan-kawan. Lebih baik tolong ummi dekat restoran sebab tak de sape2   yang boleh ummi harapkan. Kalau nak juga buat bende tu pergi la.. jangan cari ummi lagi." ibu ku berkata begitu... waalupun aku berjumpa kawan-kawan ku setiap hari, hati aku tidak pernah tenteram dan tenang kerana aku tahu ibu aku sentiasa risaukan aku dan sentiasa mengharapkan aku agar membantunya...

ATAU


KAWAN-KAWAN
Aku mempunyai kawan-kawan yang sangat-sangat positif dan sapport apa yang aku lakukan. Selama aku hidup, mereka lah kawan-kawan yang sangat baik bagi aku... Kerana selama hidupku, kawan-kawan disekeliling aku adalah mereka-mereka yang sentiasa memandang negatif terhadap kawan-kawan dan sentiasa ingin menjatuhkan kawan-kawan. Jadi, bila aku bertemu dengan mereka, aku tidak mahu lepaskan peluang itu, aku sangat menyayangi mereka. Mereka bukan sahaja sebagai kawan, tetapi mereka juga sebagai partner bisnez. Tapi mereka sangat ramah, mereka ada sikap saling membantu dan sentiasa memberi kata-kata semangat pada partner-partner bisnez. Itu yang aku sukakan, dan itu yang aku mahukan.. Mereka tidak mengeluarkan kata-kata yang buruk-buruk, menyakitkan hati kawan-kawan atau pun mengutuk dan juga tidak mempunyai pengaruh negatif. Cuma aku terkilan apabila mereka memberitahu bahawa bisenz ini untuk masa depan aku dan untuk menolong ibu bapa aku juga. Ye, tapi ibu bapa aku lebih penting dari bisnez ni. Takkan aku nak biarkan ibu bapa aku terkontang-kanting sendirian sedangkan aku menjalankan bisnez aku dengan bersuka ria bersama kawan-kawan aku... Bukan aku tidak mahu, namun ketika ini Allah tidak mengizinkan aku lakukan bisnez itu. Aku harus redha dan bersabar. Kerana aku masih ade tanggungjawab terhadap ibu bapa aku...

--> Semestinya ibu bapa ku yang akan aku dahulukan kerana mereka telah mendewasakan aku dan Allah akan lebih memberkati apa yang aku lakukan yang menggembirakan hati ibu bapa aku.. Namun, fikiran ini masih memikirkan, hati ini masih kuat untuk mendapatkan.. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HAMBAMU INI MEMERLUKAN KEREDHAANMU, MEMERLUKAN RESTUMU, REDHA DAN RESTUILAH APA YANG AKU INGIN LAKUKAN YANG ALLAH.. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN... <--

Awak, fahamilah...

Awak...
Jangan cintakan saya kalau cinta itu bukan kerana ALLAH,
Jangan sayangkan saya kalau sayang itu tak seutuh cinta Nabi kepada
Siti Khadijah,
Jangan luahkan pada saya ungkapan itu kalau awak tak tahu apa yang
tersirat di sebalik kata-kata itu...
Jangan pernah katakan "saya ingin memiliki awak sebagai permaisuri
hidup saya",
Jika awak belum bersedia memikul tanggungjawabnya...
Jangan pernah katakan "cinta saya pada awak seluas air di lautan",
Jika diri awak tidak dipenuhi IMAN dan TAKWA...
Jangan pernah katakan "sayang saya pada awak seluas langit yang
tersergam indah",
Jika awak tak pernah bersedia menjadi seorang pemimpin yang baik
dalam rumahtangga...
Jangan pernah katakan "saya sentiasa merindui awak, plzzz jangan
buat saya macam ni",
Jika awak tak pernah renung apa yang perlu awak lakukan bila
awak benar-benar inginkan seseorang itu menjadi milik awak...

Awak...
Untuk memiliki seseorang itu sebagai milik awak yang abadi,
Awak wajib tahu, siapa dan apa tanggungjawab awak ketika itu...
Jangan sampai suatu hari nanti, awak lupa dan abaikan kewajiban awak...
Apa yang kita dapat hanya pinjaman dari Allah,
dan kita harus jaga sebaik-baiknya supaya Allah sentiasa meredhai kita...
Bila awak faham dan telah bersedia untuk hadapi segalanya,
Datanglah untuk bertemu ayah dan bonda agar mereka merestui hubungan kita,
InsyaAllah...berkekalan hendaknya kebahagiaan yang kita idamkan... =)

Wahai Sahabatku... dengarkanlah...

Sahabat...
Seberat apa pun masalahmu,
Sekelam mana pun beban hidupmu,
Jangan pernah kau lari darinya
atau pun bersembunyi darinya,
Agar kau tak akan bertemu dengannya
atau agar kau bisa terhindar darinya...


Kerana sahabat...
Seberapa jauh pun kau berlari,
Dan sedalam mana pun kau bersembunyi,
Masalah itu pasti akan kau temui,
Dalam sebuah episod kehidupanmu,
Sahabatku...


Alangkah indahnya bila kau temui ia dengan dada yang lapang,
Persilakan ia masuk dalam bersihnya rumah hati,
Dan mengilapnya lantai nuranimu,
Hadapinya dengan senyuman seterang mentari pagi,
Jemputlah ia untuk menikmati hangatnya teh kesabaran,

Ditambah sedikit penangan keteguhan...


Sahabat...
Dengan begitu,
Sepulangnya ia dari rumahmu,
Akan kau dapati,
Dirimu menjadi seorang yang tegar,
Untuk menghadapi apa jua rintangan dan dugaan,
Dalam semua keadaan yang melanda dirimu,
Dan kau pun akan mampu dan lebih berani,
Untuk melewati lagi deraan kehidupan,
Dan yakinlah sahabat..,
Kau pun akan bisa bertahan,
Kala badai cobaan itu melanda hidupmu...

Saturday, 26 November 2011

Kisah Kau dan Aku...

Aku, seorang perempuan yang tak pernah kenal erti putus asa untuk mendapatkan apa yang aku inginkan. Selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam, aku akan berusaha bersungguh-sungguh... Begitu juga dalam mengejar cinta. Aku sangat setia, tulus dan ikhlas dalam bercinta, dan cinta dalam hati aku, bukanlah seperti cinta ada dalam hati kebanyakan perempuan pada zaman sekarang. Di pendekkan cerita, pada Februari 2009, aku menyambung pelajaran dalam bidang Grafik Design di SEGi Kolej Seri Kembangan, Selangor. Bukan sahaja di kelas, malah di kolej, aku adalah seorang yang pendiam, pemalu dan tidak ramai kawan. Tetapi aku mempunyai seorang kawan yang baik dan rapat dengan aku, dia belajar dalam bidang Pengurusan Pejabat. Walaupun bidang berlainan, namun kami tinggal di hostel yang sama. Itu yang menyebabkan kami boleh menjadi rapat dan mesra. Berbalik pada kisah aku di kelas, aku suka perhatikan gelagat kawan-kawan aku, mereka ni tak ubah macam budak-budak, bising dan riuh rendah, dengan pensyarah pun dah macam kawan. Tapi aku tetap dengan pendirian aku, senyap dan akan bersuara bila ditanya. huhuuu... Dalam pemerhatian aku, ada seorang lelaki ni, suka bersendiri, dia pun jenis senyap macam aku, tak suka ambil kisah pasal orang lain, janji dia happy..macam aku arr tu.. HAHA... aku cuba nak dekatkan diri pada dia, tapi aku tengok cara dia, dia macam poyo je.. macam tak suka je pada aku.. haisyhh!! susah... nak kawan pun susah...

Lama-kelamaan, aku rasa ada satu perasaan yang lahir dalam hati aku pada dia. Aku tak boleh tipu diri aku, sebab aku dah mula jatuh cinta pada dia. Dia yang akan ku kenalkan sebagai Eiz, seorang yang pendiam, walaupun ego dan tegas, namun dia sangat berlemah lembut. Hari demi hari, aku cuba untuk kenali dia, tapi cubaan aku ternyata sia-sia. Sehinggalah kami tamat belajar di SEGi Kolej, apa yang aku harapkan akan menjadi kenyataan hanyalah khayalan... Hati aku memberontak kerana perasaan ini sungguh kuat untuk mendapatkan cintanya.

Setahun berlalu, aku masih mencari-cari di mana dia berada, hati ini masih menunggu dia... Hampir semua kawan-kawan yang belajar bersama kami sekali dulu, aku tanya. Tapi semua kata tak tahu dan ada yang kata dah lama tak jumpa Eiz... aku masih tidak puas hati, aku juga tidak putus asa untuk terus mencari... Kawan baik aku ketika di kolej dulu, selalu kata, "dah la, buat penat kau cari dia je. Dia entah kat mana dah, ntah-ntah dah ada kekasih. Nanti penat-penat je kau cari, last-last kau yang kecewa. Ramai yang nak dekat kau, tapi kau jual mahal." namun aku tidak peduli dan aku membalas kata-katanya, "Kau bukan tak kenal aku, aku takkan pernah menyerah selagi aku tak dapat jawapan yang akan buat aku diam. Kalau aku dah jumpa dia dan aku dapat jawapan dia dah berkeluarga sekalipun, aku puas hati sebab aku nampak dengan mata kepala aku. Tapi sekarang aku belum ada khabar berita pasal dia. Kau jangan lah risau, kau tahu aku ni macam mana, kan.. aku cuma minta, kau doakan aku. ok.. Yang pasal mereka-mereka yang sukakan aku tu, macam biasa lah, hati aku kalau pada seorang, maka orang itulah aku akan tunggu selagi aku tak dapat jawapan yang memuaskan hati aku." begitu lah cara aku untuk mendiamkan dan menenangkan dia. Pelbagai orang dan pelbagai ragam yang aku jumpa untuk menambat hati aku, namun hati aku bukanlah sesenang itu untuk mereka dapatkan, kerana cinta aku terhadap seseorang jika aku telah jatuh cinta padanya, amat kuat. Tiada siapa boleh lunturkan cinta aku jika cinta aku pada seseorang itu.

Masa terus berlalu, akhir tahun 2010, ketika itu hampir-hampir raya, aku dengan niat yang kuat cuba cari Eiz melalui facebook. Mana tahu kalau-kalau aku dapat jumpa facebook dia. Tapi aku tak tahu nama apa yang dia gunakan untuk facebook dia. Penat aku cari tidak juga ku temui. Kemudian, aku cuba lah cari dalam friend list seorang kawan aku yang dulunya belajar di kolej yang sama dengan kami juga. Aku terasa nak cari dalam friend list dia sebab aku teringat yang dia ni rapat dengan Eiz masa dekat kolej dulu. Cari punya cari punya cari, Syukur ke hadrat Illahi, alhamdulillah... akhirnya, aku jumpa facebook Eiz..gembira sangat rasa hati ini. Tanpa membuang masa, aku add Eiz sebagai kawan. Suatu hari tu, aku online dan aku nampak Eiz pun online.. macam-macam yang aku tanyakan pada dia. yang penting, aku tak lupa untuk minta nombor hp dia. dia pun bagi nombor hp dia.. suka sangat, suka sangat.. =)
Mula dari hari tu, aku dengan Eiz selalu sangat mesej, kadang aku tak mesej pun, dia dah mulakan. Banyak sangat cerita yang kami ceritakan... pasal time-time study dulu, pasal lecture-lecture SEGi yang suka kat dia lah (aku panas je dengar), tapi aku tak berapa kisah sebab aku tahu Eiz tu jenis macam mana, dan kerana itu lah aku ingin hadir dalam hidup dia sebab aku nak bantu dia... aku nak kehadiran aku dalam hidup dia akan menceriakan lagi hari-hari dia... aku tak nak dia selalu murung dan mencari kepastian hidup dia... pastu kami bercerita tentang diri dia dan diri aku... Lama-kelamaan kami semakin mesra, dan waktu yang aku tunggu telah pun tiba...

14hb MAC 2011
Tarikh yang tidak dapat aku lupakan... Dua tahun mencari dan menunggu, akhirnya dia menjadi kekasihku... Aku sayang sangat-sangat pada dia. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati hambaNya... Allah tidak pernah menyia-nyiakan hambaNya jika hambaNya berusaha bersungguh-sungguh.. kan? hee... >.< Banyak yang perlu aku tahu tentang dia dan dia juga banyak yang perlu dia faham tentang aku... Kami bersama-sama saling cuba menjadi yang terbaik untuk hubungan kami... Namun, amat aku kesali, hubungan kami tidak berpanjangan... Mungkin bukan jodoh kami bersama, aku terima dengan redha walaupun sedih menyaluti jiwa. Namun apa yang aku kesali, selama menjalinkan hubungan, dia banyak berubah, dah tak mesej selalu..sampai kadang tu tak balas pun mesej aku yang banyak-banyak tu.. Aku faham, mungkin kerana baginya aku telah menjadi miliknya dan dia ingin aku memahami bagaimana karier dia, kerja dia dan dia nak aku fahami bahawa tak perlu la aku nak selalu bermadah kerana dia tahu bahawa aku sayangkan dia. Aku tahu aku salah time tu, sebab aku terlalu ikutkan perasaan, tapi sebab aku terlalu risaukan dia, aku terlalu sayangkan dia dan aku ingin miliki dia sebagai teman hidup aku... Tapi mengapa sangat sukar baginya untuk memahami aku dan mengapa sangat sukar baginya memberi aku peluang untuk memahaminya? ni selalu nak ikutkan mood dia je, takkan kalau dah berumahtangga pun masih harus ikut mood dia sedangkan kita perlukan seseorang untuk bermanja dan memahami kita time itu... ye, tidak aku salahkan dirinya, kerana aku sedar tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Aku ada salah, dia pun ada salah.. Cuma masing-masing nak ikutkan darah muda, bila marah nak melenting... Tapi aku tak pernah melenting lah! :( aku banyak berlembut je walaupun dia buat aku menangis sebab aku nak teruskan hubungan itu, aku nak damaikan hubungan tu walaupun tatkala kemarahan melanda diri. Dia tu, kenapa tidak mahu memahami aku dan tidak mahu memberi aku peluang untuk aku mengenali dia dengan lebih rapat?! Bila aku nak dia ceritakan tentang diri dia dengan lebih dalam, dia tak nak cerita, yang dia tahu dia bad mood, bad mood, bad mood... pastu dia marah dan bosan, cakap yang aku ni tak habis-habis dengan madah-madah pujanggaku itu dan soalan-soalanku yang menyebabkan dia selalu berfikir.. tapi dia bersikap macam tu, macam mana aku tak slalu bagi madah-madah dan tanya soalan-soalan tu. Memang itu yang menyebabkan kami sering tidak puas hati... Namun, dia sikit pun tidak mahu menurunkan egonya sedangkan dia mahu aku membantu dia untuk dia kembali ke jalan yang diredhai Allah dan dia mahu aku sentiasa sapport dia tapi apa yang aku lakukan, semua salah pada pandangan dia. Mengapa susah sangat untuk dia memahami?? Sedangkan dia kata, dia mahu cuba memahami perasaan aku...aku tak faham la... :'( dia ingin cuba memahami tapi bila aku memberitahu tentang hati dan perasaan perempuan, dia marah, dia bosan... Apa yang dia tahu hanya perlu ikutkan mood dia. Nanti kalau kahwin, takkan selamanya nak ikutkan mood dia je?? apa ni??? dia langsung tak fikirkan perasaan aku... sampai hati... ='(  asyik sibuk dengan kerja je... ye, kita belum berumahtangga, bagi awak kenapa saya harus lebih penting daripada kerja awak... betul... tapi sekurang-kurangnya, beritahu saya.. sebab saya mesej awak bertalu-talu tapi takde balasan... saya risau, awak... risau.. saya sayangkan awak... pernah tak awak tahu, cinta saya hanya buat awak...

Awak...
Saya sayangkan awak,
Saya masih sayangkan awak...
Jika kita berpisah dahulu bukan kerana kerelaan,
Izinkan saya mengetuk pintu hati awak semula untuk dapatkan
cinta awak buat kali kedua...
Beri saya peluang untuk kita sama-sama mengambil ikhtibar atas
apa yang berlaku dalam hubungan kita sebelum ini dan tidak
mengulangi lagi...

Awak,
Jika tiada wanita yang sudi menerima awak kerana kisah silam awak,
Izinkan saya menyelami hati awak untuk menyayangi awak,
Kerana saya sanggup berada di sisi awak tatkala awak susah, derita
mahupun senang...
Tatkala awak menangis mahupun ketawa,
Saya rela bersama awak...
Saya sayangkan awak, Razif...
Saya masih sudi memaafkan awak.. kerana saya faham situasi awk...
Saya rela, kerana saya cintakan awak kerana Allah...
Beri saya peluang untuk saya buktikan cinta saya pada awak sekali lagi...
Untuk saya buktikan bahawa saya ingin hidup bersama awak...
Bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak...
Tapi tolong lah... tolong buangkan keeegoan awak..
Kerana, disebabkan ego lah cinta kita akan runtuh...
Plzzz...demi hubungan yang indah dan bahagia... sayang....

Friday, 25 November 2011

Suami Isteri Idaman Hati Sanubari

Dalam hidup ini, amat sukar untuk kita temui cinta yang seperti kita idamkan. Sukar untuk kita temui seseorang yang sudi menikahi kita kerana dia cintakan kita kerana Allah dan dia akan menjalankan tanggungjawab dia dengan baik sebagai seorang isteri atau suami yang soleh atau solehah. Seseorang yang benar-benar mencintai kita kerana Allah dan benar-benar ingin menjadikan kita sebagai permaisuri / raja hidup mereka, mereka akan menjaga batasan-batasan sebelum bergelar suami / isteri kepada kita. Kerana mereka tulus dan ikhlas mencintai kita kerana Allah. Mereka akan menjadi orang yang paling rindukan kita tatkala kita berjauhan dengan mereka, mereka akan menjadi orang yang paling mengambil berat terhadap kita tatkala kita dalam keadaan apa sekalipun dan mereka akan menjadi orang yang sentiasa menasihati, berpesan-pesan dan mengingatkan kita tatkala kita terlupa akan perintah Allah kepada kita... Kerana mereka sentiasa ingin menjadi isteri / suami yang bertanggungjawab dan terbaik untuk suami / isterinya... Sesungguhnya mereka sentiasa menyedari bahawa kita adalah pemberian dari Allah yang mereka bertanggungjawab untuk menguruskan bila bergelar isteri / suami kepada mereka... Semoga kita memperolehi suami / isteri yang beriman, tahu tanggungjawab sebagai seorang suami, bapa / isteri, ibu dan dapat membimbing kita dan anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT...

Thursday, 24 November 2011

Bataskan Diri dalam Gurau Senda...

Bergurau senda mampu merapatkan hubungan silaturrahim dan dapat menghiburkan jiwa, tetapi jika tidak menjaga batasannya, gurauan boleh membawa bencana.

          Kita senang bersama-sama dengan orang yang suka berjenaka dan bergurau senda. Jiwa yang tertekan boleh terhibur dengan gurauan bersahaja. Gurauan melalui perbuatan, perkataan dan sebagainya dapat menggembirakan dan menggelikan hati orang lain. Perbuatan membuat orang lain berasa senang hati itu termasuk dalam amal kebajikan.
          Baginda Rasulullah s.a.w. turut berjenakadan bergurau dengan ahli keluarga dan para sahabat. Bergurau senda dapat membuahkan kedamaian, kegembiraan, keharmonian, belaian jiwa dan penuh kemesraan jika dibuat dengan cara yang betul.
          Suasana dan perhubungan akan lebih mesra dengan adanya gurau senda.
          Suasana yang tegang boleh menjadi kendur, hubungan yang serius boleh menjadi mesra, fikiran yang kusut dapat diuraikan, masalah yang dipendam dapat diluahkan dan hubungan yang renggang dapat dirapatkan. Pendek kata gurauan boleh menimbulkan kebaikan secara tidak formal dan bersahaja.

Had Batasan Bergurau Senda
Harus diingat, gurau senda itu ada batas-batasnya sepertimana yang telah digariskan oleh Islam, antaranya:

1. Tempat dan Waktu yang Sesuai
    Kadangkala terdapat orang yang amat suka bergurau sehingga tidak mengira waktu dan tempat. Seeloknya bersederhana dalam gurauan dan harus kena pada tempatnya. Sebagai contoh, tidak wajar bergurau semasa berada bersama orang yang sedang sakit, ketika kematian atau dengan orang yang sedang dilanda musibah.

2. Elakkan Menggunakan Perkataan Yang Buruk
    Tabiat menggunakan perkataan buruk, seperti mencarut dan lucah ini seolah-olah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kerana ia dianggap sebagai hiburan dan gurauan. Perkataan kesat dan kasar telah menjadi budaya orang yang suka bergurau. Kadangkala untukk menyeronokkan cerita, mereka sanggup berbohong dengan menambah fakta palsu hanya supaya orang yang mendengar seronok dan ketawa.
    Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Celakalah orang yang berkata kemudian berbohong supaya orang lain ketawa, maka celakalah baginya, maka celakalah baginya." (Riwayat Abu Daud)

3. Elakkan Memperolok-Olok Agama
    Aspek agama tidak boleh dijadikan bahan gurauan seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a.w., perbuatan yang memesongkan akidah, berlawanan dengan syariat dan menjatuhkan akhlak. Terkadang kita juga ada mendengar pelbagai gurauan yang memperolokkan agama dan sunnah seperti janggut nabi, jubah, poligami, talak, penceraian dan sebagainya.

4. Utamakan Menjaga Perasaan
    Jangan kerana terlampau seronok bergurau sehingga perkataan yang keluar itu menjadi cacian dan cemuhan seperti memperlekehkan orang lain, mengumpat, merendah-rendahkan individu tertentu, menyebut kekurangan, kecacatan dan seumpamanya. Gurauan sedemikian hanya akan menyakiti perasaan orang lain. Gurauan bertukar menjadi ejekan. Akibatnya akan menimbulkan permusuhan, kecil hati, tuduh-menuduh, perkataan kotor dan pelbagai perkataan negatif yang lain akan timbul.

5. Sesuai dengan Orangnya
    Kita tidak boleh bergurau senda dengan semua orang. Sebagai contoh, orang yang lebih tua dan lebih alim kerana mesti dihormati dan disegani. Mereka bukan setaraf dengan kita untuk dibuat gurauan kerana mereka merupakan tempat rujukan dan panduan berdasarkan pengalaman dan kealiman mereka dalam kehidupan mahupun ilmunya.
    Tidak boleh juga bergurau senda tanpa batasan dengan orang yang diharamkan bergaul bebas, seperti dengan perempuan ataupun lelaki yang bukan mahram.

6. Tidak Ketawa Yang Berlebihan
    Islam melarang kita terlampau banyak bergurau senda sehingga ketawa tanpa batasan. Ia boleh membentuk peribadi yang menjatuhkan harga diri.
    Diceritakan bahawa Nabi s.a.w. duduk dalam majlis bersama para sahabatnya. Mereka menceritakan sesuatu yang lucu dan Rasulullah s.a.w. hanya tersenyum sahaja. Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Riwayat Ahmad dan al-Tarmizi)
    Bergurau senda membawa bahagia tetapi tidak kurang juga membawa bencana. Oleh sebab itu, berwaspadalah kita dalam bergurau senda supaya tidak berlebihan dan melampaui batas. Bersederhana dalam setiap hal itu adalah lebih baik. Orang yang berjaya ialah orang yang mampu mengawal diri mereka dan bukannya orang yang mampu mengawal orang lain.

Sabar Itu Indah...

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir...


Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggi pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar...


Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah...


Ujian itu penebus dosa
Meningkatan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang ESA
Bagai ombak...
Panghias samudera!

Pahala Dalam Kesabaran

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman yang maksudnya:

"Bila telah aku timpakan bencana kepada salah seorang dari
hambaKu pada badannya, hartanya, atau anaknya, kemudian
ia menerimanya dengan sabar yang sempurna, Aku merasa
enggan untuk menegakkan timbangan atau membuka buku
catatan amalnya pada hari kiamat."
(HR. Dailami, al-Hakim dan Tarmizi)

          Sabar adalah menahan diri dan membawa seseorang kepada yang dituntut oleh syarak dan akal fikiran yang sihat serta menghindarkannya dari apa yang dibenci oleh keduanya. Jadi sabar adalah suatu kekuatan yang mendorong yang menghalangi seseorang dari melakukan kejahatan.

          Hujjatul Islam Imam Ghazali mengatakan; sabar ialah tetap tegaknya dorongan agama pada diri seseorang ketika berhadapan dengan dorongan hawa nafsu. Dorongan agama ialah hidayah Allah kepada manusia untuk mengenalNya, RasulNya serta mengetahui dan mengamalkan ajaranNya dan perkara-perkara yang berkenaan dengan akibat-akibatnya.

          Sabar iaitu sifat yang membezakan antara manusia dengan haiwan dalam perkara menundukkan hawa nafsu. Sedangkan dorongan hawa nafsu ialah tuntutan syahwat dan keinginan yang minta dilaksanakan.

          Bagi orang yang tetap tegak bertahan sehingga ia dapat menundukkan dorongan hawa nafsu secara terus-menerus, maka orang tersebut termasuk ke dalam golongan orang-orang yang sabar.

          Sedangkan yang dimaksud dengan sabar yang sempurna iaitu sabar yang tidak memperlihatkan keluhan. Para sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa dan bagaimanakah sabar yang sempurna itu? Baginda menjelaskan bahawa sabar yang sempurna itu ialah sabar yang tidak disertai dengan keluh kesah dan pengaduan.
(HR. Ibn Abi Hibalah)

          Untuk kita ketahui, bahawa Allah SWT kadangkala melaksanakan hukuman di dunia ini dengan memberikan ujian dan cubaan dalam berbagai bentuk, di antaranya seperti:
  1. Cubaan yang bersifat jasmani dan rohani yang berupa penyakit, luka, cacat pada salah satu anggota badan, digigit binatang, perasaan susah, gelisah, dukacita, rasa takut dan lain-lain.
  2. Cubaan melalui harta kekayaan, berupa kehilangan, kebakaran, kerosakan dan lain-lain.
  3. Cubaan melalui sanak keluarga dan keturunan, seperti kematian, cacat mental, lumpuh dan lain-lain.
          Semua ujian dan cubaan tersebut mungkin terjadi kerana:
  • Merupakan undangan dari hasil kederhakaan manusia sendiri hasil perbuatan dan kelakuannya sendiri yang dihukum di dunia ini oleh Allah sebagai balasan secara langsung dari dosa-dosanya itu. Kemungkinan ini dapat terjadi sebagai tanda kasih sayang Allah untuk menghapuskan dosa kederhakaannya di dunia ini, dan orang tersebut akan keluar dari dunia ini dalam keadaan suci bersih. Sedangkan kemungkinan lainnya adalah untuk mengangkat martabat seseorang, baik di dunia mahupun di akhirat, bila ia tidak mempunyai kederhakaan lainnya yang patut dihukum.
  • Takdir Allah sendiri untuk menguji hambaNya secara terus-menerus, dan kelak pada hari akhirat akan diganti dengan rahmat dan keredhaanNya.
          Bila seseorang yang menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas serta mencari jalan keluar dengan cara yang baik, tidak mengeluh, mengaduh dan sebagainya, maka Allah SWT pasti akan memudahkan baginya hisabnya pada hari kiamat. Allah akan menyegerakan balasan pahalanya memberkati kehidupannya sehingga timbangan amalnya tidak berat kepada kejahatan, yang disudahi dengan masuk ke dalam syurga yang penuh dengan seribu satu kenikmatan.

          Semuanya ini melukiskan secara kiasan bahawa Allah SWT menerima apa yang dilakukan oleh hamba yang sabar dan soleh dengan sambutan yang baik dan memberi kurnia keredhaan atasnya.

         Hadith di atas juga menjelaskan kepada kita bahawa manusia itu disebut hamba dengan alasan:
  • Untuk menunjukkan kekuasaan Allah terhadap manusia, baik ilmu mahupun hikmah dan rahsiaNya.
  • Untuk menunjukkan bahawa manusia itu harus tunduk dan wajib merendahkan diri terhadap Penciptanya dengan penuh kehambaan. Sebab menghambakan diri kepada Allah pada hakikatnya ada kemuliaan dan ketinggian.
          Berkenaan dengan sabar, sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, bahawa Allah telah menyebut di dalam Al-Qur'an tidak kurang dari sembilan puluh kali, dalam berbagai bentuk dan keadaan, untuk menunjukkan betapa tinggi nilainya dan keutamaannya.

          Kebanyakan orang menyangka bahawa sabar bererti merendahkan diri dan menyerah kepada keadaan, membiarkan diri hanyut dalam keadaan tersebut, atau menghentikan usaha tanpa ikhtiar mencari jalan keluar yang baik.

          Pengertian seperti ini tidaklah tepat, sebab yang dikatakan seabar ialah menghadapi cubaan dan ujian dengan cara yang baik, berikhtiar untuk mencari jalan keluar dengan cara yang baik pula, dan membiasakan diri melakukan amal perbuatan yang soleh dan usaha yang terpuji, sambil menjadikan pengalamannya itu sebagai dorongan untuk mempunyai kemahuan yang keras disertai dengan keimanan dan keyakinan yang penuh istiqamah.

          Dalam kajian falsafah Islam sikap sabar itu ada lima macam, iaitu:
  1. Sabar dalam beribadah, ialah sentiasa tekun mengendalikan diri untuk melaksanakan segala syarat, rukun dan sebagainya di dala ibadah.
  2. Sabar ketika ditimpa malapetaka atau musibah, ialah keteguhan hati ketika mendapat ujian atau cubaan baik yang berupa kemiskinan, kematian, diserang penyakit dan sebagainya.
  3. Sabar terhadap kehidupan dunia, ialah sabar terhadap tipu daya dunia, tidak terpaut kepada kenikmatan hidup dunia, dan tidak menjadikan kehidupan dunia sebagai tujuan, akan tetapi hanya sebagai alat untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi kehidupan yang kekal dan abadi.
  4. Sabar terhadap maksiat, ialah mengendalikan diri supaya tidak melakukan perbuatan maksiat. Sabar dalam hal ini bukan saja berkenaan dengan diri sendiri, akan tetapi juga berkenaan dengan diri orang lain. Iaitu kita harus berusaha supaya orang lain juga jangan sampai terjerumus ke jurang kemaksiatan, dengan cara melakukan amak makruf nahi mungkar.
  5. Sabar dalam perjuangan, ialah menyedari sepenuhnya bahawa setiap perjuangan mengalami masa pasang dan masa surut, masa menang dan masa kalah.

          Jika dilihat dari bentuk kegiatannya, maka sabar itu ada dua macam, iaitu:
  1. Sabar dalam menghadapi cubaan yang bersifat jasmani, iaitu sentiasa tabah dalam memikul beban yang berat, tabah ditimpa kemiskinan ataupun menderita kesakitan.
  2. Sabar dalam menghadapi cubaan yang bersifat rohani yang terbahagi kepada beberapa macam:
  • Iffah, iaitu sabar menahan hawa nafsu termasuk di dalamnya nafsu seks.
  • Keteguhan hati dalam menghadapi musibah atau bencana yang menimpa, tidak menyesal, tidak gelisah, mengeluh, tidak mengumpat dan sebagainya.
  • Menahan diri dari kehidupan mewah pada waktu kaya.
  • Sabar dalam perjuangan atau peperangan.
  • Menahan diri dari kemarahan.
  • Menahan diri dan berlapang dada dalam menghadapi lawan.
  • Menahan diri dan memelihara rahsia, baik rahsia sendiri mahupun rahsia orang lain apa lagi apa lagi rahsia negara.
  • Menahan diri dari tarikan kehidupan duniawi dalam usaha untuk memperoleh kebahagiaan di akhirat.
  • Menahan diri dari hidup berlebih-lebihan dan merasa puas dengan kehidupan yang ada sesuai dengan hasil usaha.
          Mengenai sifat sabar ini, sepatutnya kita mengambil contoh dari umat dahulu, bagaimana mereka menghiasi diri mereka dengan kesabaran, sabar yang penuh keindahan yang tidak keluh kesah mahupun rasa gelisah. Mereka menganggap bahawa sifat sabar itu adalah satu kekuatan yang mendorong seseorang untuk melakukan perbuatan yang baik dan merupakan benteng dari melakukan perbuatan jahat.

          Mereka juga berkeyakinan bahawa mengekalkan diri dalam ketaatan kepada Allah adalah termasuk sabar. Menjauhi perbuatan-perbuatan dosa atau derhaka juga termasuk sabar. Demikian juga menahan diri dan tahan menderita kesusahan termasuk sabar. Juga menjaga dan memelihara rahsia, menunaikan amanah, menjaga lidah dalam berkata-kata, termasuk sabar.

          Jika kita membalik lembaran sejarah, di sana akan kita temukan, bagaimana penderitaan Nabi Ayub as, Nabi Ibrahim ketika dibakar hidup-hidup dan dimusuhi umatnya. Kesabaran Nabi kita Muhammad SAW berserta para sahabatnya, dalam menyampaikan dan mengembangkan serta mempertahankan ajaran Islam. Semuanya itu dapat kita jadikan contoh dan teladan dalam kehidupan sehari-hari.

          Sebagai  seorang Muslim, hendaklah dalam menghadapi setiap permasalahan, menjadi sabar sebagai pegangan untuk mencapai kemenangan. Sebagaimana firman Allah SWT:

Ertinya:
"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah berjaga-jaga dan bertawallak kepada Allah supaya kamu beruntung."
(Al-Imran: 200)

          Ayat di atas menjelaskan kepada kita, bahawa ada empat sifat yang akan menghasilkan kemenangan iaitu; sabar, saling menyabarkan, berhati-hati dan takwa.

          Kemenangan yang bermaksud oleh ayat di atas, tentulah kemenangan hidup di dunia mahupun kemenangan yang abadi di hari akhirat nanti.

MATLAMAT HIDUP MANUSIA...

Matlamat dan peranan manusia dalam hidup telah dijelaskan oleh aqidah Islam sejelas-jelasnya. Manusia tidak dijadikan sia-sia dan tidak dibiarkan untuk begitu sahaja. Ia dijadikan untuk tujuan dan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya, atau untuk menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam ala mini. Ia juga tidak dijadikan untuk berseronok sebagaimana binatang-binatang berseronok. Bukan juga dijadikan untuk hidup beberapa tahun yang pendek atau panjang kemudian ditelan tanah, dimakan ulat dan dimamah oleh kebinasaan.

          Sesungguhnya ia dijadikan untuk mengenal dan menyembah Allah serta menjadi khalifah di bumi. Ia memikul amanah terbesar dalam hidup yang pendek ini, amanah taklif dan tanggungjawab. Manusia ditapis dengan dugaandan digilap dengan tanggungjawab. Dengan itu ia menjadi matang dan bersedia untuk kehidupan yang lain, iaitu kehidupan yang kekal selama-lamanya tanpa penghujung.

          Manusia tidak dijadikan untuk dirinya sendiri, tetapi ia dijadikan untuk menyembah Allah. Ia tidak dijadikan hanya untuk hidup di dunia yang kecil dan binasa ini, tetapi ia dijadikan untuk kehidupan yang kekal abadi, ia dijadikan untuk selama-lamanya.

          Ada orang berkata: "Si bodoh hidup kerana mahu makan manakala orang berakal makan kerana mahu hidup." Pernyataan ini tidak menyelesaikan masalah kerana hidup itu sendiri bukan satu tujuan, persoalan masih tetap ada, kenapa manusia hidup?

          Adapun para materialisme menjawab: "Sesungguhnya manusia hidup untuk dirinya sendiri dan untuk mengecapi nikmat dunia."

          Manakala orang yang beriman menjawab: "Manusia hidup hanya kerana Tuhannya yang Maha Tinggi dan untuk hidupnya yang kekal abadi." Firman Allah SWT: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu  (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami? Maka (dengan yang demikian) Maka Tinggilah Allah yang menguasai seluruh alam, lagi yang tetap benar." (Al-Mukminun: 115-116)


          Alangkah besarnya perbezaan antara orang yang hidup untuk dirinya dengan orang yang hidup untuk Tuhannya, di antara orang yang hidup di dunia yang terbatas dengan orang yang hidup untuk kehidupan yang tidak terbatas dari segi zaman dan tempat.

          Sesungguhnya teori kebendaan yang mengingkari Tuhan tidak mengetahui matlamat hidup manusia, kerana matlamat perlu kepada niat dan niat pula perlu kepada orang yang berucap. Sedangkan teori ini menolak manusia itu dijadikan dengan maksud tertentu. Kerana itu manusia pada pandangannya tidak mempunyai tugas dan peranan selain dari bertungkus lumus untuk memenuhi dan memperbaiki kehendak hidup.

          Dengan perkataan lain, "manusia hidup kerana perhiasan dunia dan keseronokan, tidak lebih daripada itu. Apabila usia manusia tamat dalam masa yang pendek maka berakhirlah segala-galanya." Alangkah benarnya perkataan al-Qur'an: "Katakanlah, matabenda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja." (Al-Nisaa': 77)

JANGAN BERKATA "KALAULAH"

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:

          Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata "Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini"; akan tetapi katakanlah "Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendak-Nya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

SESUNGGUHNYA, ALLAH MEMANG SENGAJA...

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,
KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita jadi
MANUSIA yang HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA
ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita LEBIH
MENGENALI KEHIDUPAN yang TAK
SELAMANYA KEKAL...


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan
sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa
kehidupan kita semakin hampir ke
penghujungnya. Hari esok pun kita
sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik
kita. Gapailah keredaan ALLAH dengan
melaksanakan suruhan-NYA dan
meninggalkan larangan-NYA...

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu
untuk menolak permintaan hamba-NYA yang
menadah tangan meminta dengan penuh
pengharapan HANYA kepada-NYA...

TIDUR YANG PATUT DIBANGUNKAN

  1. Untuk mendirikan solat apabila waktu solat hampir habis
  2. Sekiranya seseorang sedang tidur di hadapan orang yang sedang bersolat
  3. Jika tidur di saf pertama di dalam masjid
  4. Jika tidur di atas beranda yang tidak berpagar
  5. Jika tidur sebahagian badan mengenai sinaran matahari dan sebahagian lagi berada di tempat teduh
  6. Jika tidur sesudah terbit fajar dan sebelum terbit matahari
  7. Jika tidur sebelum mendirikan solat fardhu Isyak kerana tidur sebelum mendirikan solat adalah makruh
  8. Jika tidur selepas azan
  9. Jika tidur seorang diri di rumah. Di dalam kitab Syaabul Iman Dinyatakan sebagai makruh
  10. Jika wanita tidur terlentang iaitu tidur dengan wajah menghadap ke atas, Di dalam kitab al-Minhaad dinyatakan makruh
  11. Jika tidur di atas muka (meniarap atau terlungkup). Hal ini berdasarkan teguran Rasulullah s.a.w. apabila baginda melihat seseorang tidur seperti itu "tidak demikian itu, dibenci Allah dan Rasul-Nya."
  12. Adalah baik untuk mengejutkan orang lain untuk bangun malam seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di mana baginda membangunkan Fatimah. Tentang hal ini Rasulullah s.a.w bersabda: Allah mengasihi orang lelaki yang bangun malam kemudian membangunkan isterinya, apabila isterinya enggan maka hendaklah dipercikkan air ke mukanya.

"Ya Allah... AKU MAHU BERUBAH!"

Ya Allah,
Syukur Atas Nikmat Pancaindera-Mu..
Dengan Penglihatan...
Aku Dapat Melihat Segala Kekuasaan-Mu...
Mengagumi Segala Kebesaran-Mu...
Namun,
Dengannya Jualah...
Au Melakukan Kemungkaran Terhadap-Mu...
Menjerumuskan Diriku Ke Lembah Dosa..
Melihat Pada Yang Tidak Sepatutnya...
Membuatkan Diri Ini Alpa
Saat Hidayah-Mu Tiba...
Seketika Ku Tersedar...
Mungkin Belum Terlambat...
Untukku Pahatkan Dalam Diri...
Bahawa...
Aku Mahu Berubah!!!

Ya Allah...
Jika Dulu Aku Angkuh Di Bumi-Mu...
Alhamdulillah...
Hidayah-Mu Mematahkan Keangkuhanku...
Membangunkan Sifat Malu...
Yang Selama Ini Tersorok Dalam Diri..
Ku Tundukkan Pandanganku...
Yang Selama Ini Meliar...
Ku Timbulkan Kekeliruan...
Pada Teman-teman...
Ku Tepis Segala Teguran Sinis...
Ku Tekadkan Dalam Kalbuku...
Bahawa...
Aku Mahu Berubah!!!

Ya Allah...
Jika Dulu Aku Lalai Menunaikan Hak-Mu...
Terleka Dengan Duniawi...
Terkadang Aku Abaikan Ukhrawi...
Subhanallah...
Sesungguhnya Kekuasaan-Mu
Yang Paling Agung...
Kau Sedarkanku Di Saat Aku Hanyut...
Masih Tidak Terlambat...
Untuk Suatu Perubahan...
Ku Akur Pada Kekuasaan-Mu...
Lantas...
Ku Laungkan Dalam Hatiku...
Aku Mahu Berubah!!!

Ya Allah...
Ku Pohon Hidayah-Mu...
Duhai Ayahanda dan Bonda...
Sahabat-sahabat...
Serta...
Teman-teman...
Bantulah Daku...
Bimbinglah Daku...
Dalam Mencari...
Cinta Yang Paling Agung...
Cinta Yang Esa...
Sesungguhnya...
Aku Mahu Berubah!!!

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Aisyah r.a. : "Ya Aisyah, janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

  1. Sebelum khatam Al-Qur'an,
  2. Sebelum embuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti,
  3. Sebelum para muslim meredai kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah.
Bertanya Aisyah: "Ya Rasulullah... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasulullah tersenyum dan bersabda: "Sebelum engkau hendak tidur bacalah : Al-Ikhlas tiga kali. Amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an. Bacalah selawat untukku, maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu.

"Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat."
"Ampunilah aku, ya Allah yang Maha Besar, ibu bapaku, semua muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati."

"Dan perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

Kalau mampu amalkan sekurang-kurangnya tiga kali. Selepas itu bacalah bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali. Seterusnya bacalah doa sebelum tidur. Adapun amalan Rasulullah s.a.w. sebelum tidur, membaca surah Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur. Mengamalkan membaca suratul Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita, tempat semadi sementara menunggu akhirat, suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang. Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayatul Kursi dan 4 Qul semoga kita dijauhi daripada gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.

DIRI SEORANG MUSLIMAH

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April - 20 Mei), Virgo (24 Ogos - 23 September) dan Capricon (22 Disember - 20 Januari).

  • Seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
  • Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
  • Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan.
  • Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan lancar. Wanita tanah harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
  • Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei - 21 Jun), Libra (24 September - 23Oktober) dan Aquarius (21 Januari - 19 Februari).
  • Berterus-terang, berminda aktif dan gemar memberi kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
  • Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
  • Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semula jadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
  • Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
  • Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
  • Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
  • Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja
WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun - 23 Julai), Scorpio (24 Oktober - 22 November) dan Pisces (20 Februari - 20 Mac)
  • Mempunyai sifat semula jadi untuk berkembang maju.
  • Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
  • Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada di sekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
  • Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

WANITA... mutiara yang terpelihara

Wanita, hiasan dunia... Seindah hiasan adalah wanita solehah...
Wahai saudariku, aku ingin mengajakmu merenung beberapa hukum yang Ia syariatkan untukmu demi memelihara kemuliaan jati dirimu sebagai wanita.

PERTAMA
Allah menghalalkan kepadamu memperhiaskan diri dengan perhiasan dari emas dan sutera yang Ia haramkan bagi kaum lelaki, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Kedua-dua perhiasan ini (emas dan sutera) diharamkan bagi lelaki dan dihalalkan bagi wanita." (HR. Ibnu Majah dari Ali bin Abi Thalib). Ia halalkan semua ini untukmu demi menjaga kecantikanmu dan sifatmu yang lembut.

KEDUA
Sebaliknya, Allah mengharamkan segala sesuatu yang dapat menghilangkan sifat kewanitaanmu yang halus dan lembut itu baik dalam berpakaian, bertingkah dan perilaku yang menyerupai lelaki, demikian juga lelaki diharamkan menyerupai wanita dalam pakaian, gerak dan tingkah laku, kerana hal itu tidak sesuai dengan jiwa dan tabiatnya. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah melaknati lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita memakai pakaian lelaki." (HR. Abu Daud dari Abu Hurairah ra.)

KETIGA
Allah melindungi kelemahanmu dan menempatkanmu selalu dalam naungan lelaki, Ia tidak menghendaki kamu mencari penghidupan untuk memenuhi keperluanmu atau keperluan orang lain, tetapi kaum lelakilah yang diwajibkan memenuhi semua keperluan hidupmu, kerana Ia tidak mahu engkau susah dalam kehidupan demi sesuap nasi agar engkau tidak terhina. Jika engkau seorang gadis, ayah dan saudara lelakilah yang memenuhi keperluanmu, jika engkau seorang ibu, anak lelaki yang dituntut menjamin keperluan hidupmu dan jika engkau seorang isteri, suami yang harus bertanggungjawab atas keperluanmu, lalu jika tidak ada seorang antara mereka yang menjamin keperluan hidupmu maka Allah mewajibkan kepada pemerintah memenuhi semua hajat hidupmu yang asasi.

KEEMPAT
Allah memerintahkan kepadamu menjaga pandanganmu terhadap kaum Adam agar syaitan tidak menjerumuskanmu ke dalam lembah yang hina. Allah berfirman: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka..." (QS. 24: 31)

KELIMA
Allah memerintahkan kepadamu menjaga tubuhmu daripada tangan-tangan jahil dan penghinaan mata-mata yang jahat dengan membalutnya menggunakan pakaian mulia kecuali muka dan telapak tanganmu. Allah berfirman: "...dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka..." (QS. 24: 31)

KEENAM
Allah memerintahkan kepadamu tidak menampakkan perhiasanmu yang tersembunyi seperti rambut, leher, betis dan lengan tanganmu kecuali kepada suamimu, dan orang-orang yang termasuk mahram bagimu. Allah berfirman yang ertinya: "...dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan -pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..." (QS. 24: 31)

KETUJUH
Allah memerintahkan kepadamu berjalan dengan santai dan berbicara dengan nada rendah sehingga engkau nampak berwibawa dan terhormat. Allah berfirman: "...dan janganlah mereka menghentak-hentak kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan..." (QS. 24: 31)
"...maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya..." (QS. 33: 32)

KELAPAN
Allah memerintahkan kepadamu menghindari segala sesuatu yang dapat menarik perhatian kaum lelaki kepada dirimu dan tergoda dengan penampilanmu dengan mengikuti perilaku kaum jahiliyah pertama atau kaum jahiliyah abad ini.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Wanita yang memakai wangian lalu keluar dari rumahnya agar orang-orang mencium aromanya adalah penzina." (HR. Abu Daud)

KESEMBILAN
Allah melarangmu berdua-duaan dengan lelaki selain suami dan mahrammu agar syaitan tidak menjatuhkanmu ke jurang kehinaan. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita dan janganlah pula ia pergi kecuali didampingi mahramnya." (Muttafaqun'alaih)

Saudariku, jika engkau renungkan semua perintah Allah ini dengan hati nurani yang jernih dan jujur, maka engkau akan mendapati bahawa Allah telah meletakkan dirimu bagai intan mutiara yang tersimpan di tempat terjaga dan tidak boleh dijamah oleh tangan orang yang di hatinya ada penyakit, engkau adalah makhluk mulia dan terhormat dalam Islam.

MARAHLAH, TETAPI BIAR BERTEMPAT...

Penyelidikan tentang psikologi ada menyebutkan, memendam rasa marah hanya akan menjadikan anda lebih tertekan dan boleh menyebabkan anda akan diserang komplikasi penyakit lain misalnya darah tinggi, sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser. Wah, ternyata bukan calang-calang akibatnya kalau anda menahan marah. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda lahirkan sahaja emosi marah itu demi membantu minda anda sentiasa sihat dan terpelihara. Selain itu, ia turut melatih organ tubuh untuk merasa lebih sensitif sehingga mengetahui mana yang perlu diperbetulkan. Jadi, marahlah jikka anda mahu marah. Tetapi pastikan anda sedar batasan dan cara terbaik untuk menyalurkan rasa marah itu. Jangan melulu tanpa hujung pangkal. Kelak anda pula yang dilihat kurang cerdik.

Model MUSLIMAH SEJATI

Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak
dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera
kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Ketiga, wanita adalah anugerah Illahi yang teristimewa kepada lelaki yang
mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

          Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia;
mereka itu adalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa;
Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad,
puteri kesayangan Baginda." - ( Riwayat Bukhari )

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w..

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

          Demikian antara beberapa profil wanita Muslimah contoh yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati memilih calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya,
kelak kecantikannya itu akan membinasakannya;
janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya,
boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaannya;
sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.
Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan
tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu."
- ( Riwayat Abdullah ibn Humaid )

          Jelas di sini, bahawa aspek keagamaan dalam diri seseorang isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga yang dibina dan dibentuk. Hal ini kerana agamanya yang bertapak kukuh dalam jiwa sanubarinya, dia pasti akan taat kepada suaminya pada semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.

Isteri yang solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara  dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.

Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud:

"...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara
kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan
perlindungan Allah..."
( Surah an-Nisa: 34 )

Malah, isteri yang solehah ingatannya mesti segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud:

"Jika seseorang wanita
menunaikan solat lima waktu,
berpuasa sebulan Ramadan, memelihara
kehormatannya, mentaati suaminya,
nescaya dia dapat masuk ke 
mana-mana saja pintu syurga
menurut kehendaknya."
( Riwayat Imam Ahmad )

          Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa dan keadaan. Kerana keredaan suami adalah anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

"Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya
reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk syurga."
( Riwayat Al-Hakim dan Tirmizi )

          Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredhaan Illahi.

          Demikianlah betapa besarnya fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai seorang isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga. Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawab sebgai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan hariannya. Akhirnya, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya:

"Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak,
yang penyayang, yang memelihara kehormatannya, yang mulia pada kaca
mata ahli keluarganya, yang menghormati suaminya, menghiaskan dirinya hanya untuk
suaminya tercinta, memelihara diri daripada pandangan orang lain, yang mendengar
kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya. Apabila bersama suaminya,
dia memberikan apa saja diperlukan suaminya dan dia tidak pula
menolak ajakannya serta tidak merendah-rendahkan atau
menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain."
( Riwayat Al-Tausi )

Demi Cinta Suci

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padaNya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri padaNya yang Esa
Demi cinta Hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kta sering didustai

Kerana Cinta

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa merawat luka
Damai di jiwa

Terpadam api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang
Begitulah cinta yang diidamkan
Tanpa nafsu yang mencemarkan

Dan jangan pula kerana bercinta
Kita pun leka entah ke mana
Dan jangan pula kerana bercinta
Gadai semua maruah agama

Cinta... oohhh cinta
oohhh cinta...
oohhh cinta...
Kerana cinta

Cinta... yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta... ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cinta... kan saudara
Bangsa berada hanya sementara
Cinta... sesama insan
Suburkan dengan ketaqwaan

Awak, ketahuilah...

Awak...
Ketahuilah,
Sesungguhnya hati ini telah jatuh cinta pada awak
Mungkin awak akan cakap, "kita baru je kenal, berbual pun tak pernah apa lagi mengenali hati masing-masing." Ye awak... kita baru kenal, tapi tak bermakna cinta tu tak boleh lahir walaupun belum kenal hati budi masing-masing, kan? Mungkin awak akan cakap, "ke awak ni pantang nampak lelaki ek?" atau "awak tiba-tiba jatuh hati pada saya sebab saya hensem dan kaya, kan?" Tidak, awak... saya bukan jenis macam tu. Saya tak pandang semua tu. Saya cuma luahkan apa yang terpendam di lubuk hati saya ni. Apa yang terlahir dalam hati saya ni adalah cinta... cinta yang tulus dan ikhlas buat awak seorang... Saya cuba luahkan pada awak sebab saya sedar bahawa cinta yang lahir dalam hati saya ni kerana Allah SWT dan saya akan cintakan awak kerana Allah... Bukan kerana siapa awak, bukan kerana apa pangkat awak, bukan kerana berapa banyak harta dunia awak dan bukan kerana rupa paras awak...

Awak...
Ketahuilah...
Cinta saya adalah cinta yang tulus dan ikhlas buat seseorang yang benar-benar saya cintakan dia kerana Allah dan bila saya cintakan dia, saya tak nak bercinta untuk suka-suka, tetapi saya nakkan cinta yang terjalin antara saya dan dia itu adalah cinta kerana Allah SWT dan saya nak dirikan rumahtangga bersama dia.
Saya nak bina keluarga yang bahagia bersama dia, nak jaga dan didik anak-anak bersama dia, nak hidup bersama dia bukan sekadar di dunia, namun sehingga ke akhirat.

Dan ketahuilah...
Bila saya benar-benar cintakan seseorang itu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan dia, awak. Tak kira apa cara sekalipun, apa halangan sekalipun, selagi tidak bertentangan dengan agama, saya akan lakukan dan usaha untuk dapatkan cintanya. Saya tidak pernah akan berputus asa dalam mengejar cinta seseorang yang benar-benar saya cinta. Selagi dia belum bergelar "SUAMI" orang, saya takkan pernah menyerah untuk berusaha miliki dirinya. Dan jika ditakdirkan oleh Allah SWT dia menjadi milik saya,
saya akan menjaga dia sebaik-baiknya dan saya akan lakukan yang terbaik buat dirinya kerana saya cintakan dia. Saya bukan setakat bermadah je di sini awak, tapi itulah diri saya, itulah saya... Saya akan buktikan, bukan sekadar sembang kosong... Percayalah awak, luahan saya adalah untuk kebaikan saya dan dia yang saya cinta, kerana Allah SWT...

Tuesday, 22 November 2011

Hati...

Hati...
Ketahuilah wahai hati,
Bahawa hati ini cinta padamu
Hati ini terlalu menyayangimu
Hati ini terlalu ingin mendekati dan
mengenali dirimu dengan lebih mesra
Hati ini sentiasa merindui dirimu

Ketahuilah wahai hati,
Tatkala hati ini kesedihan,
Diri ini sentiasa mengingati dirimu
Tatkala hati ini kebuntuan,
Diri ini sentiasa berharap dapat bersamamu
Tatkala hati ini kerisauan,
Diri ini sentiasa berharap dikau menjadi penenangku
Tatkala hati ini kerinduan,
Hanya dirimu yang bermain di fikiranku
Tatkala hati ini terasa ingin disayangi,
Diri ini sering mengenangkan dirimu

Ketahuilah wahai hati,
Sesungguhnya hati ini terlalu ingin memilikimu
Hati ini sentiasa menanti dirimu
Katakanlah padaku wahai sayangku
Katakanlah bahawa engkau juga mencintaiku
Aku setia menunggumu...

Awak...

Awak...

Mungkin saya tidak secantik Erra Fazira,
Tapi saya cantik macam Ziana Zain... HEheee
Mungkin saya tidak sehebat Siti Khadijah,
Tetapi cinta saya kepada awak hanya kerana Allah...
Mungkin saya tidak sekaya Siti Nur Haliza,
Tapi cinta saya terhadap awak lebih mahal dari harta dunia taw...
Mungkin saya tidak sebijak Siti Aishah,
Tapi saya mampu bersama-sama awak dalam kesusahan dan penderitaan...
Mungkin saya tidak seagung Siti Fatimah,
Tapi saya akan taat dan setia pada lelaki yang bergelar "SUAMI" kepada saya...
Kerana kewajipan saya sebagai seorang "ISTERI" dan hamba Allah.
Saya tak akan persiakan cinta yang Allah kurniakan dalam hati saya
dan saya tak akan persiakan cinta buat seseorang yang berhak menerima cinta saya...

Awak... Maafkan Saya

Awak...
Maafkan saya sebab saya jatuh cinta pada awak
Maafkan saya sebab saya tak mampu lupakan awak
Maafkan saya sebab saya terlalu sayangkan awak
Maafkan saya sebab cinta ini lahir buat awak

Awak...
Maafkan saya,
Sebab kali pertama saya nampak awak,
Hati saya tekad untuk mendekati awak dan
ingin mengenali awak dengan lebih mesra
Maafkan saya sebab saya tak mampu tolak
cinta yang hadir dalam hati saya buat awak ni...

Awak...
Maafkan saya...
Sebab saya benar-benar ingin memiliki awak
Cinta dalam hati saya ni hanya buat awak seorang
Saya ingin menjadi salah seorang insan yang terpenting
dan istimewa dalam hidup awak...

Awak...
Maafkan saya jika cinta saya mengganggu awak
Saya cuma ingin berterus terang dan jujur pada awak
Sebab saya tulus dan ikhlas cintakan awak kerana Allah

Maafkan saya, awak...
Saya cintakan awak...

Adakah Dia Sahabat Kita???

Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa menyayangi kita, ataupun mereka yang sentiasa membenci kita?
Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa memberi sokongan kepada kita, ataupun mereka yang sentiasa menjatuhkan kita?
Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa mengambil berat terhadap kita, ataupun mereka yang tidak pernah mempedulikan kita?
Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa bersama-sama kita tatkala kita susah dan juga senang, ataupun mereka yang sentiasa bersama-sama kita hanya ketika kita senang sahaja?
Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan, ataupun mereka yang sentiasa membawa kita ke arah keburukan?
Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa perbetulkan kesalahan kita, ataupun mereka yang sentiasa mengiyakannya sedangkan ianya salah?
Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa membantu kita untuk menyerlahkan keunikan kita, ataupun mereka yang hanya tahu mencari keburukan kita?
Adakah sahabat itu mereka yang sentiasa gembira dan mendoakan kebahagiaan kita, ataupun mereka yang sentiasa cemburu akan kebahagiaan kita?
Adakah sahabat itu mereka yang suka mengingatkan kita, ataupun mereka yang suka akan kesesatan kita?
Adakah sahabat itu mereka yang tidak pernah bosan untuk membetulkan kesilapan kita, ataupun mereka yang sentiasa ingin menunjukkan egonya apabila membantu?
Adakah sahabat itu mereka yang tidak pernah kenal erti jemu menjadi sahabat kita, ataupun mereka yang sentiasa mengungkit tentang persahabatan itu?

Monday, 21 November 2011

Dunia Yang Sepi

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan

Sunday, 20 November 2011

Sahabatku...

Sahabatku...
Kehadiran dirimu menyinari hidupku ini
Dikau umpama rumah tempatku berteduh
tatkala panas mahupun hujan...
Dikau jualah tempat ku meluahkan segala
rasa di jiwa...
Dikau mendengar dengan penuh penelitian
dan penuh kesetiaan tatkala aku bercerita,
Membuat aku semakin gairah untuk bercerita...

Tatkala kesedihan melanda diriku ini,
Dikau hadir memberi keceriaan dan membuat
aku tersenyum riang...
Tatkala kebuntuan menyelubungi diriku ini,
Tanpa mengira waktu,
Dikau menghulurkan kata-kata semangat dan
membangkitkan keyakinan diriku...
Dikau bagaikan mengerti apa yang ku rasai
walaupun ianya tidak menimpa dirimu...

Namun hari ini,
Semua itu sudah lama terkubur,
Kemesraan antara kita tidak akan berulang lagi,
Hanya tinggal kenangan yang mengguriskan perasaan...
Tiada lagi kata-kata yang menghiburkan,
Tiada lagi jenaka-jenaka yang menceriakan,
Tiada lagi cerita-cerita yang boleh kita kongsikan,
Tiada lagi kemesraan antara kita yang akan terbina,
Sedih ku rasakan setelah sekian lama terjalinnya ikatan
persahabatan ini dengan penuh kemesraan,
Lalu dikau melangkah pergi begitu sahaja meninggalkan ku sendirian...

Demi menjaga hati si dia,
Sanggup dikau meruntuhkan hubungan persahabatan ini...
Demi melihat si dia gembira,
Sanggup dikau merosakkan kemesraan antara kita...
Persahabatan antara kau dan aku lebih lama
terjalin berbanding perkenalan antara kau dan dia...
Tetapi dikau tidak pernah menyedari keistimewaan itu...
Dikau lebih memikirkan si dia sehingga terlupa siapa aku...
Sedangkan si dia tidak boleh ( HARAM ) kau buat "SUAMI"...

Namun,
Tidak pernah dikau hargai persahabatan yang telah kita bina,
Tidak pernah dikau fikirkan persahabatan yang terbina antara
kita sungguh bermakna dan tidak pernah kau fikirkan perasaan aku
yang menyayangimu sebagai seorang sahabatku...

Sungguh tidak ku sangka akhirnya begini...
Sebuah ikatan persahabatan yang terbina sekian lama,
Yang penuh dengan kemesraan dan kecerian,
Hilang sekelip mata bagai rumah yang dilanda ribut,
Aku tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu pintamu,
Hanya doa yang mengiringi perpisahan ini beserta keredhaan
terhadap apa yang terjadi...
Semoga Allah sentiasa melindungimu wahai sahabat, ku...

Saturday, 19 November 2011

Persahabatan Yang Hilang...

Nana dan Nora bersahabat baik. Mereka berkawan sejak dari kolej, walaupun mereka berlainan course, namun setiap hari mereka pergi dan balik dari kolej bersama-sama. Masa terus berputar, sedar tak sedar 3 tahun sudah mereka berkawan. Walaupun masa itu nampak agak singkat, tetapi bagi Nana, persahabatan antara dia dan Nora amat bermakna dan banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan. Nana seorang yang sangat menjaga aspek-aspek keagamaan berlainan pula dengan Nora yang suka akan kesosialan sepertimana remaja-remaja lain. Sejak Nora berkawan dengan Nana, Nana banyak menasihati Nora akan soal-soal agama dan kehidupan. Nana juga sering mengingatkan Nora agar tidak terikut-ikut budaya yang tidak sihat di luar sana. Nora terasa agak bosan kerana segala gerak-gerinya sering diperhati dan di nasihati oleh Nana. Nana selalu kata, "kau ni dah macam mak tiri lah.. asyik nak bising-bising, apa yang aku buat semua tak boleh..." tetapi Nana hanya tersenyum dan berkata, "aku sayangkan kau, sebab kau kawan aku..aku tak nak kau tersesat jauh nanti dan aku tak nak dipersoalkan di akhirat nanti kenapa biarkan kawan aku tersalah pilih jalan, kenapa tak nasihatkan apa yang aku tahu baik dan buruk. Aku takut Nora.." Nana berkata sambil tersenyum. tapi Nora dengan muka selamba dan berkata, "ye lah Nana.." Walaupun Nora sering berkata begitu, namun adakalanya, dia ingat apa yang dipesan oleh Nana dan mereka tetap mesra.

Mereka mempunyai 2 orang kawan yang bernama Ina dan Syafie. Ina dan Syafie berkawan baik. Tetapi adakalanya Ina dan Syafie keluar bersama-sama Nana dan Nora untuk berseronok. Ina dan Syafie sukakan kehidupan yang sosial. Mereka selalu keluar malam dan duduk lepak-lepak dengan kawan-kawan sehingga pagi. Ada lelaki dan ada perempuan. Nana selalu menasihati mereka. Mereka juga seperti Nora, selalu berkata, "ye lah Nana.. Hei mak tiri aku ni, asyik bising je." mereka berkata secara bergurau. Nana tersenyum dan berkata, "korang kawan aku, aku sayang korang, sebab tu aku selalu nasihat korang. Tak kan aku nak nasihatkan orang yang aku tak kenal, kan.." Nana tak pernah bosan menasihati kawan-kawannya walaupun kawan-kawannya berkata begitu dan adakalanya tidak menghiraukannya. Bagi Nana, itu adalah tanggungjawab dia sebagai seorang kawan terhadap kawan-kawannya.

Hari demi hari berlalu, Nana dan Nora semakin jarang bertemu. Ina dan Syafie juga sudah balik ke negeri masing-masing. Jika berkesempatan, mereka hanya bertanya khabar melalui facebook dan telefon sahaja. Balik kepada Nana dan Nora, walaupun mereka jarang bertemu, mereka selalu mesej dan kemesraan antara mereka tidak pernah hilang. Ada sahaja telatah-telatah dan gurauan-gurauan yang membuat mereka tersenyum. Nana tidak pernah habis cerita untuk diceritakan pada Nora, kerana bagi Nana, Nora lah satu-satunya kawan yang paling memahaminya. Masa terus berlalu lagi.
Suatu hari, Nora menceritakan, bahawa skandlenya (perempuan) cemburu akan kemesraan antara kami. Nora kata, "Ranie kata dia cemburu kita mesej kadang panggil cayang-cayang, pastu Ranie cakap, kalau Nana ajak YM cepat je..kalau orang ajak lambat-lambatkan!" Nana hanya ketawa dan berkata, "Haha..apa lah yang nak dicemburukan, aku ni perempuan lah, kau pun perempuan. Aku tak pernah dan tak mungkin jatuh hati pada perempuan melainkan sayang sebagai seorang kawan ye. Hati aku masih pada lelaki lah cakap kat Ranie tu, jangan risau lah, ye." Begitulah yang dikatakan oleh Nana kepada Nora.

Sebulan berlalu, Nora semakin berdiam diri dan bila membalas mesej Nana pun hanya beberapa patah perkataan sahaja, tidak macam selalu. Nana terasa hairan dan sudah mula terasa bahawa Nora cuba mengelak dan mengawal dirinya daripada lebih mesra dengan Nana daripada Ranie, kerana Nora hendak menjaga hati Ranie. Semakin lama, persahabatan Nana dan Nora semakin renggang, sikap dan kata-kata Nora kepada Nana juga semakin kasar. Nana sungguh terkilan dan terasa sedih. Tetapi Nana hanya berdiamkan diri dan bagi Nana, Allah itu MAHA ADIL dan MAHA MENGETAHUI. Jadi, Nana hanya redha jika Allah ingin menjauhkan dia dari Nora. Ina dan Syafie juga sering bertanya pada Nana, mengapa Nora banyak berubah? "Nora dah tak macam yang aku kenal dulu. lain sangat, tapi aku tak kisah la, sebab aku tahu Nora tu memang akan lebihkan skandle dia dari kita-kita ni, lebih-lebih lagi kau, kawan dia yang paling rapat dengan dia dan kawan yang paling sayangkan dia. Kau sabar la ye, Allah tu MAHA ADIL. Sabar je.." Begitu la selalu yang akan dikatakan oleh Ina dan Syafie. Walaupun Nana begitu sedih dan terkilan akan sikap Nora yang tidak menghargai persahabatan mereka yang lebih lama daripada hubungan Nora dengan Ranie, tetapi Nana tidak boleh nak buat apa, hanya doa yang mengiringi pemergian persahabatan mereka. Nana tak boleh tipu hati dia, kerana dia benar-benar sayangkan Nora walaupun Nora tidak menghargai persahabatannya, walaupun Nora tidak memahami apa yang Nana buat kepadanya selama ini adalah untuk kebaikannya, tetapi Nora hanya memikirkan hidupnya yang harus diteruskan dengan keseronokan yang membawanya ke jalan kegelapan.