Tuesday, 6 December 2011

DAKWAH BUKAN HOBI

Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?

Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?

 Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.

Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik.  Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.

"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." - Surah Al-Hajj (Ayat 11)

Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.

Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?

Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?

Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?

Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.

Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?

Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.

Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.

Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.

Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.


Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.

Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.

"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."

Dakwah : Antara amanah dan hobi? Apa pilihan anda?

"Sesungguhnya bai'ah (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada lafaz yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang sebelumnya. Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"

Komited dalam pengorbanan.

Friday, 2 December 2011

Katakan, YA ATAU TIDAK...

Mudahnya diri ini jikalau ada alat pengesan cinta Tak perlulah aku meneka-neka adakah senyuman yang tersurat di bibir mu itu punya jiwa madah berbeza Atau tersirat sebaliknya... Tapi pabila ku tunggu, Undangan ku disambut namun kau dingin tidak mahu ataupun malu ?? Aku keliru dan terus keliru... Kerana membaca apa yang tersirat dalam isi hati hatimu Menyangkal perasaan aku teragak-agak.. Aku takut aku tersilap langkah bahawasanya kau sekadar insan yang ramah.. Jangan biarkan aku terus bermain dengan teka-teki... Aku perlukan jawapan darimu, Katakan ya atau tidak.. itu sahaja yang ku tunggu dan ingin tahu... Bila ku fikir, baik ku hentikan sahaja lamunan, Tapi hati ini tidak bisa menipu diri sendiri... Apakah maksud jelinganmu itu, Bagai ada yang ingin kau beritahu, Mungkin isyarat ingin bersama ku di sini.. Ku menanti dengan penuh debaran, Kau di sana mengorak langkah, Jangan nanti baru kau menyesal tak sudah.. Tapi bila aku menunggu, Pintu hati ini terbuka ruang untukmu, Namun kau dingin dan hanya kaku membisu.. Aku tidak mengerti apakah yang kau mahu... Jika ku ikutkan kata hati, Ingin saja ku luahkan segala, Untuk jadikan bukti dalam diri, Tapi nanti apa pula yang engkau sangka, Usahlah kau permainkan hati ini, Tak usah terus bermain teka-teki dengan diriku, Jika benar aku yang engkau mahukan, Tolonglah berikan jawapanmu, Kerana aku sentiasa menantikan luahan darimu... Ku tunggu dan tertunggu, Tanda sama-sama setuju Untuk mempertaruhkan cinta dikalbu... Jangan buat aku keliru dengan sikapmu, Jangan buat aku terus tertanya-tanya apakah maksud jelingan dan senyumanmu begitu, Mungkinkah kau sekkadar insan yang ramah, Atau ada yang tersirat di sebaliknya.. Jika benar diriku yang kau mahu, Ruang pintu hati terbuka untukmu, Aku perlukan jawapan darimu, Katakan saja adakah ya ataupun tidak...

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah. Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang. Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh. Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.